Pengenalan

PERTANDINGAN PIDATO KEPEMIMPINAN HARMONI V INTERVARSITI 2010
(PENITI V 2010)


"Kewibawaan Pemimpin Pemacu Kegemilangan Negara"


PENITI V 2010 – Pertandingan Pidato Kepemimpinan Harmoni V Intervarsiti 2010 merupakan satu pertandingan yang berprestij di peringkat intervarsiti yang dianjurkan oleh Kolej Kelima, Universiti Putra Malaysia dari 18 – 21 Mac 2010. 
Demi mencungkil bakat di kalangan mahasiswa dalam aspek berpidato dan  kepemimpinan, PENITI V 2010 merupakan satu platform bagi mahasiswa yang mewakili universiti masing-masing untuk menyuarakan pendapat mereka tentang sesuatu isu. 
Pertandingan ini meliputi penghujahan pidato mereka terhadap isu kepemimpinan, isu semasa dan isu kemasyarakatan yang yakni dihadapi oleh negara dan dunia. 
Sebagai satu platform pemilihan pemidato ke arena antarabangsa, PENITI V merupakan satu pertandingan yang penuh dengan cabaran bagi setiap peserta bagi mengasahkan kemahiran peserta dalam memidatokan sesuatu isu serta aspek kepemimpinan peserta. 
Pada masa yang sama, aplikasi kemahiran ini dalam dunia nyata akan memangkinkan proses pembangunan sosial, belia, masyarakat dan negara.