Coretan Pengarah

Salam harmoni.
Kesyukuran saya tidak dapat diulaskan dalam sepatah dua tetapi kami pihak penganjur amat berterima kasih atas penyertaan pihak universiti dalam Pertandingan Pidato Kepemimpinan Harmoni V Intervarsiti 2010.
PENITI V 2010 merupakan hasil usaha pengunjuran bersama Kolej Kelima , Universiti Putra Malaysia dengan Jabatan Penerangan Malaysia dalam menghasilkan graduan yang berkepimpinan cemerlang dan mampu memidatokan sesuatu isu terhadap masyarakat umum. PENITI V 2010 merupakan anjuran kali keenam dan dalam enam tahun ini, PENITI V telah mendapatkan sokongan padu daripada pelbagai pihak – terutamanya pihak MADUM yang telah menempatkan PENITI V sebagai satu platform yang seharusnya ditempuhi bagi melayakkan seseorang pemidato ke arena antarabangsa.
Berperanan sebagai satu platform berpidato yang berprestij, PENITI V 2010 bukan setakat untuk pemidato membahaskan pandangan mereka terhadap sesuatu isu tetapi PENITI V 2010 memberi pendekatan terhadap merakyatkan pemimpin agar bakal pemimpin mampu membawa suara rakyat ke persada antarabangsa. PENITI V 2010 meliputi 4 hari pertandingan yang penuh dengan cabaran bagi pemidato mencungkil bakat terpendam mereka sama ada berdepan dengan warga intelek atau berdepan dengan masyarakat tempatan.
Dengan tarikh PENITI V 2010 semakin menghampiri, kami dari pihak penganjur amat teruja untuk menjemput universiti – universiti ternama Malaysia dalam menyertai PENITI V kali ini. Saya bagi pihak Kolej Kelima dan Universiti Putra Malaysia serta ahli jawatankuasa PENITI V dengan ikhlasnya menjemput pihak universiti anda untuk menyertai PENITI V 2010.
Jika anada berminat untuk menyertai, atau berminat untuk mengetahui maklumat lebih lanjut tentang pertandingan ini, anda boleh hubungi kami pada penitiv@gmail.com dan kami akan membalas sebarang pertanyaan anda. Kami berharap untuk bertemu anda di arena pidato intervarsiti di Universiti Putra Malaysia dari 18 – 21 Mac 2010.
Sekian, terima kasih.

LIM WEI CHIET
Pengarah
PENITI V 2010